Book of Beginnings and EndsEntries.. read 'em n weep
About this Entry
Posted by: pedang_kontot

Visit pedang_kontot's Xanga Site

Original: 3/5/2009 12:12 PM
Views: 18
Comments: 0
eProps: 0

Read Comments
Post a Comment
Back to Your Xanga Site



Thursday, March 05, 2009

Titik Tumpu Teknologi = Technological Singularity.. Syurga atau Neraka?

 Assalamualaikum everyone..
Yeah, I know.. I really should spend more time updating this blog. I really should show more discipline in this case.. I've got a lot to say, and I know people read this blog of mine.. if only to keep track of my sanity, or if I'm still alive or not!
The less said about work the better.. it's not really anything in particular that gets me pissed off enough to put holes in the wall. Fact is, when I leave the place there'll be things I'll miss.. like working 5 days a week like most everyone else.. or the good pay.. or the fact that despite all the pressure to keep my research while on call to a minimum, I'm learning about windows and office at a rate.. close to what you'd feel if someone taped a hose to your mouth and turned the cold-water tap to "burst your stomach".
Updates on my life so far? No breaking news on our end here.. though the economic crisis, the Perak crisis and Earth's million and other crises does have me worried.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Setakat ini, dari apa yang saya dapat simpulkan dari pemahaman saya mengenai transhumanism dan titik tumpu teknologi (technological singularity), masa depan umat manusia masih lagi tidak dapat diramalkan dengan sepenuhnya.. Sebahagian dari sebab kenapa ini berlaku ialah kerana ahli-ahli fikir transhumanists lebih cenderung berfikir mengenai titik tumpu teknologi dan era selepasnya (post-singularity) dari segi teknikal, tanpa memikirkan semasak-masaknya implikasi penyalahgunaan teknologi terbabit terhadap umat manusia.. dan ingat, kita sekarang berada pasa suatu titik dalam sejarah manusia di mana bahan ciptaan kita sendiri akan mempunyai keupayaan untuk menentukan bagaimana dan sejauh mana mereka sendiri akan diperguna! Konsep ini, yang dikenali sebagai artificial self-determination, merupakan salah satu faktor penentu bagaimana umat manusia akan mengalami zaman yang akan mendatang.

Satu contoh di mana konsep ini akan kita lihat diguna-pakai ialah apabila helper robots (robot pembantu peribadi) akan diguna secara menyeluruh di kalangan masyarakat umum. Konsep robot pembantu peribadi ini, yang mulanya diutarakan oleh mendiang Isaac Asimov dalam rangkaian cerita sains fiksyennya yang terkenal, sekarang dapat dilihat dalam konsep robot ASIMO rekaan syarikat Honda, dan juga dalam filem seperti A.I dan I, Robot. Teknologi robotik pada ketika ini hanya mampu menghasilkan robot yang hanya berfungsi secara terhad (limited-function robotics) tetapi dengan perkembangan dalam bidang2 yang tidak berkaitan seperti sains neurologi, bioteknologi, sains kepintaran tiruan (artificial intelligence sciences), sains mecha-tronics dan sebagainya.. kita cuma menunggu masa sahaja sebelum konsep robot pembantu peribadi dengan kepintaran tiruan setara manusia (artificially intelligent helper robots) akan menjadi kenyataan.

Persoalannya : pada ketika teknologi tersebut akan mula diguna-pakai secara menyeluruh..

1) Apakah sistem kawalan yang perlu kita sebagai umat manusia adakan untuk mengawal penggunaan teknologi tersebut agar kes salahguna (contohnya menggunakan robot sebagai mesin pembunuh yang tak kenal penat, lelah atau cedera, seperti dalam filem Terminator?) dapat dikawal ke tahap minima?
2) Adakah golongan robot2 sepintar manusia akan mempunyai hak asasi menyerupai manusia, atau akan hanya menjadi hamba-abdi murahan abadi (eternal loving slave machines seperti dalam filem Wall.E)?
Melalui pengalaman peribadi saya, mungkin ada senario ketiga yang akan berlaku di mana robot akan mempunyai lebih hak dari manusia, sebagaimana yang kita boleh lihat dalam undang2 SPCA Amerika Syarikat yang boleh memberi hukuman lebih berat terhadap seseorang kerana menzalimi binatang, berbanding hukuman menzalimi seseorang yang lain!
3) Bagaimanakah sistem kawalan tersebut, atau dalam erti kata lain undang2 perhubungan manusia-robot, akan dikuatkuasakan? Terutama dalam kes di mana robot2 berkaitan jauh lebih pintar, pantas dan berkuasa berbanding manusia?

Tapi tunggu.. ini hanya merupakan sebahagian kecil persoalan berkaitan hanya satu aspek teknologi transhumanism seperti yang diguna-pakai dalam satu senario dalam dunia post-singularity yang akan datang, di mana umat manusia masih lagi menjadi mahkluk Allah paling berkuasa di bumi ini!! Adakah umat manusia akan boleh elak kepupusan jika senario masa hadapan kita melibatkan perkembangan dan kelahiran suatu sistem tiruan super-pintar (artificial super intelligence) yang telah dibiak dan dipupuk berdasarkan Toeri Darwin? Dan akan melihat setiap manusia, tak kira umur, bangsa dan jantina sebagai binatang purba yang sudah cukup jangka hayat di muka bumi, dan sepatutnya dibiarkan pupus begitu sahaja?

Fikirkanlah para pembaca budiman.. sehingga di lain kali, wassalam.
 Posted 3/5/2009 12:12 PM - 18 Views - 0 eProps - 0 comments

Give eProps or Post a Comment

Choose Identity
(?)
 
Give eProps (?)
Post a Comment
Add Link | Preview HTML comment help 
Profile Pic:
Default  |  Choose »  (?)



Back to pedang_kontot's Xanga Site!
Note: your comment will appear in pedang_kontot's local time zone:
GMT -05:00 (Eastern Standard - US, Canada)