| | Assalamualaikum and hello everyone.. I've come back in by popular demand (along the lines of: "what's with that half-entry in your blog?") to add some more bits in my case about transhumanity. Well, what's new with me and my life?
1) Work with Datacom is coming on well: the idea is to embrace my role and play it for 8 hours a day, and use the time between calls to catch up on the Internet. I'm covering topics from as old as the various battles of World War 2 and the Confrontation (between Malaysia and Indonesia in 1963) to Orion's Arm, a blog page of short stories and hard science based on a post-human future where mankind expands into a galaxy that has life.
2) Some further milestones in my life.. my 6-month anniversary on 26th July 2008. My parents' first grandson's (aka anak buah!) 18-month marker on 13th July 2008 (shout out together now.."Badam, we love you!"). My middle bro's (Ridzuan aka Pakwan) engagement to Dahlia on 18th August 2008, with marriage set to February next year (congrats to you both!). And my wife is officially a quarter of a century old! On 25th August 2008. Oh yeah, and I met someone from my past life.. Abdul Lateef Abdullah and 2 daughters, formerly Steve Krauss of Persatuan Seni Silat Gayong Amerika. Wonder if I still have what it takes to join and explore that world?
3) Anyone remember "Titanic" in 1998? Well, I found it's equivalent in 2008.. "Wall•E"! I really am a square klutz with the looks of a toaster oven, but my honey.. is just like EVE, even down to her shooting. Makes me wanna learn astro-navigation (as in navigate in space, not navigate the Astro satellite TV Channel!) so I can dance among the stars with her..*sigh*
4) In case you're wondering.. no kids yet. We're working on it though.. we'll keep you posted.
Enough about me.. now on to business. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Seperti yang kita maklum sebelum ini, pergerakan "transhumanism" bermula dengan niat suci tokoh-tokoh ilmuwan sejak lewat 1940'an untuk menaik-taraf kehidupan manusia serta membetulkan segala cacat-cela umat manusia secara am dan khusus. Kita perlu mengakui bahawa niat suci mereka ada potensi untuk membuahkan hasil yang positif untuk kita semua; bagaimanapun niat suci sahaja tidak akan menjamin kesudahan yang diingini. Pada masa sekarang ini, sudah ada projek2 yang menguji konsep2 asas pencantuman manusia dan mesin (man-machine interface) yang. jika berjaya, akan membuahkan hasil yang amat positif bagi mereka yang mengalami kecacatan mental dan fizikal. Tetapi ujikaji sebegini berjalan dalam situasi makmal yang terkawal. Apakah yang akan menghalang penyalahgunaan teknologi sebegini pada ketika ianya diperkenalkan untuk kegunaan umum? Adakah peruntukan untuk menyebarkan penggunaan teknologi sebegini kepada semua lapisan umat manusia, tanpa diskriminasi pada ketika applikasi dan prejudis selepas itu? Satu senario ngeri melibatkan teknologi man-machine interface (pencantuman manusia dan mesin) adalah dimana applikasi teknologi yang tidak sekata akan membawa pada diskriminasi antara mereka yang telah "naik-taraf" (manusia naik-taraf atau upgraded humans) dan mereka yang tidak dapat atau tidak mahu menjalani proses "naik-taraf"(manusia tulen atau pure humans); tidak mustahil akan timbul sekali lagi satu zaman gelap dimana "manusia tulen" akan menjadi hamba abdi kepada "manusia naik-taraf" pada skala global; dalam erti kata lain, perulangan kembali zaman kolonialisasi dan penjajahan yang dilalui umat manusia yang berakhir tengah abad ke-20 yang lepas. Satu senario pula melibatkan penggunaan teknologi pencantuman manusia dan mesin di medan perang, yang hendak atau tidak akan berlaku tanpa mengikut batasan Konvensi Geneva (suatu peruntukan undang-undang menghadkan kekejaman dalam peperangan). Bayangkan pencantuman manusia dan mesin yang membenarkan seseorang yang mempunyai personaliti ala Adolf Hitler untuk "menguasai" dan "memukau" minda berjuta-juta manusia lain melalui sambungan minda-Internet (mind-Internet connection), untuk menjadi askar dan pengikut setia! Tetapi yang paling mengerikan adalah senario2 melibatkan "kepintaran tiruan" (artificial intelligence) dan ketika masa terkabulnya titik tumpuan teknologi (onset of technological singularity). Akan saya sambung mengupas senario2 berkaitannya selepas ini. Wassalam
|
| | Posted 8/31/2008 12:38 AM - 72 Views - 2 eProps - 2 comments
- recommend
    - recs0
- share
- email
 - sent0
Give eProps or Post a Comment |