| | Assalamualaikum one and all..
Work.. is progressing. My mind travels at the rate of a glacier going uphill as it tries to wrap around my work.. while everyone else's mind appears to be running on warp drive! I'm suddenly reminded of that scene in "The Last Mimzy" where current-day scientist find out that the Mimzy (the raggedy teddy bear) is actually an artificially intelligent machine composed of billions of nano-machines.. each of which has the Intel logo stamped on it (though exactly how you put your stamp on something smaller than an atom is beyond me!).. Did I just lose you there? Well, that's how I feel lots of the time between answering calls.. watching the rest of the guys go to work. I'm going as fast as I possibly can, but I guess being old does mean I have to work around limitations set onto me.. at least I've had no customer escalations so far. Anyhow.. working with Microsoft does let me see a few things. Like how prepared this world is for transhumanism (not much) and what else needs be done to get everyone ready (so much I can't even begin to think much less say!)
And now.. dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Setakat ini kita telah mengupas sedikit sebanyak mengenai "transhumanism" dan faedah yang termaktub dalam wawasan mereka untuk umat manusia dalam jangka masa terdekat. Sesungguhnya, tidak salah jika kita katakan di sini bahawa masa depan manusia di era "transhumanity" tidak dapat kita bayangkan. Contoh terbaik yang saya boleh fikirkan ialah arwah datuk saya Haji Muhamad yang pernah berkata, 'Tak pernah atok bayangkan manusia terbang naik roket sampai bulan. Sedangkan atuk pergi haji dulu naik kapal sampai 3 bulan.. sekarang naik kapalterbang berapa jam ajer dah sampai!" Contoh yang saya berikan di atas tadi adalah untuk mengutarakan satu konsep baru, iaitu "singularity" (titik tumpu). Pada asalnya, "singularity" ialah titik tumpuan terakhir jisim sebuah lohong hitam (or in English: final mass concentration point of a black hole); tapi dalam "transhumanism" ianya diertikan sebagai suatu ketika masa di mana perkembangan teknologi (terutama teknologi pemprosesan maklumat serta "kepintaran tiruan") akan mencapai satu tahap menyerupai infiniti. Dengan mengambil contoh di atas, jika kita lukis satu carta antara masa dan kelajuan perjalanan seseorang, kita akan dapat carta lebih kurang di bawah: saya menambah annotasi yang sepatutnya supaya lebih mudah difahami (so your brain don't hurt so much, yes?). Pada asasnya, tahap teknologi yang ada dalam jangkauan umum meningkat jika diukur dari segi masa. Jika pada awal Zaman Revolusi Industri seseorang hanya boleh bergerak selaju seekor kuda berlari (lebih kurang 40km/j buat beberapa minit), 50 tahun kemudian seseorang boleh menaiki keretapi yang lajunya mencecah 100km/j selama beberapa jam. 50 tahun selepas itu pula, teknologi penerbangan membolehkan seseorang menaiki kapalterbang berhalaju 400 km/j selama beberapa jam, dan di zaman sekarang rakyat Malaysia kita boleh terbang dengan harga murah pada kelajuan 700 km/j sehingga mengelilingi hampis separuh dunia.
 Perkembangan teknologi pada umumnya meningkat pada tahap yang semakin cepat jika dibanding dengan masa. Tema matematik yang sering kita dengar dalam kes sebegini dipanggil lengkungan eksponensial (exponential curve); pada penguhujung kanan carta, kita dapati bahawa perkembangan teknologi akan meningkat pada tahap mendadak pada masa singkat (titik tumpu teknologi : "technological singularity") Salah satu dilema yang dihadapi ahli fikir dan falsafah "transhumanism" ialah apa yang akan berlaku pada titik tumpu teknologi dan seterusnya ke zaman "post-humanity"; banyak senario yang telah difikirkan. Ada yang memberi gambaran syurga di dunia berasaskan teknologi yang membebaskan umat manusia dari belenggu2 faktor pengekang perkembangan umat manusia (limiting factors in developing the human potential), yang saya telah sentuh sedikit-sebanyak dalam tulisan blog saya sebelum ini. Ikuti saya dalam mengupas senario impian ngeri "transhumanist" seterusnya. Wassalam
|
| | Posted 5/19/2008 11:35 AM - 84 Views - 0 eProps - 0 comments
- recommend
    - recs0
- share
- email
 - sent0
Give eProps or Post a Comment |