| | Assalamualaikum one and all.. Would you believe it.. I've just uploaded Google Earth and have been playing around with it, and I believe I've gotten hooked! So much so that I've forgotten to update this blog for one and all!  Other than that.. my wife's away to visit her parents and I can't come with because of this new job. I'm only complaining because being the Sagittarean that I am, I can't really sit still in one place. She'll be coming home tonight though, so I get to sleep warm tonight. Alhamdulillah to that.. Alright, let's get this party started. In Allah's Name.. The Most Beneficient, The Most Merciful. Seperti yang kita sudah sedia maklum, pergerakan "transhumanism" ini memang ada kebaikannya. Memetik contoh yang saya utarakan sebelum ini.. seorang budak Tingkatan Lima tidak perlu lagi menelaah buku hingga ke 3 pagi, ataupun menghafal formula sehingga separuh gila untuk bersedia menghadapi peperiksaan SPM. Dia mungkin cuma perlu memuat-turun modul pelajaran Matematik Tambahan serta modul2 latih-tubi (untuk tujuan pemantauan pihak Kementerian Pendidikan) melalui sambungan wireless Streamyx dalam masa menunggu siapnya Maggi supnya. Senario ini sememangnya menjadi contoh terutama pihak "transhumanist" dalam mendakyahkan pergerakan mereka. Bukan itu sahaja, satu lagi contoh yang sering mereka gunakan ialah faedah percantuman manusia dan mesin (man-machine interface) dalam menangani dan mengatasi masalah kecacatan fizikal atau mental seseorang. Bayangkan, jika seorang tokoh ilmu fiziks seperti Stephen Hawkings boleh berfungsi pada tahap setara dengan Albert Einstein, dengan hanya dapat menggerakkan bibir, lidah serta 3 batang jarinya.. apakah yang mampu dicapai beliau jika diberi tubuh robotik (cyborg body) ala Robocop atau Terminator? Ataupun, lebih menarik lagi.. jika minda beliau dapat "dimuat-naik" terus ke dalam Internet? Dan jika teknologi sebegini dapat dikembangkan ke serata umat manusia, dapatkah anda bayangkan kehidupan berjuta-juta manusia yang ketika ini merana akibat hilang anggota badan (tak kira dari lahir atau akibat kemalangan atau menjadi mangsa peperangan) berubah menjadi gembira kerana akhirnya dapat menjadi sempurna dan tak perlu lagi menghadapi rungutan dan cemuhan dari mereka yang tidak bersyukur? Ada juga antara "transhumanists" ini yang berazam untuk mencipta artificial super-intelligence ataupun "sistem tiruan super-pintar". Mereka percaya bahawa dengan "lahirnya" sistem sebegini (yang berkemungkinan amat besar akan berasaskan komputer), umat manusia akan akhirnya dapat dibebaskan dari belenggu2 yang sekian lama mengekangnya.. contohnya, tenaga yang hampir tak berkesudahan daripada pelakuran atom terkawal (controlled atomic fusion), kemampuan untuk "hidup selamanya" (di mana minda seseorang akan dimuat-naik ke dalam Internet ataupun cyborg body sebaik sesudah jasadnya mati), serta penakhlukan angkasa lepas secara mutlak, melalui penggunaan minda artificial super-intelligence ataupun manusia sebagai "alat kawalan pintar" untuk kapal angkasa yang mampu terbang mencecah kelajuan cahaya selama beratus atau beribu tahun untuk mencapai sistem cakerawala yang mengelilingi bintang2 lain. Jika anda rasa terkilan apabila habis membaca perenggan di atas, ingatlah.. saya hanya menulis apa yang saya lihat. Saya bukan ingin menyebar ajaran sesat ataupun kuffar. Ini adalah sebahagian dari rancangan ("niat suci") mereka. Dan jika anda bersabar, teruskan membaca blog ini... kerana selepas ini saya akan kupas secara mendalam buruk padahnya rancangan mereka ini bagi manusia sejagat. Sekian.. wassalam. |
| | Posted 4/27/2008 10:17 AM - 85 Views - 0 eProps - 0 comments
- recommend
    - recs0
- share
- email
 - sent0
Give eProps or Post a Comment |