|
pedang_kontot
|
read my profile
sign my guestbook
Name: Raziamizan Country: Malaysia Birthday: 12/10/1976 Gender: Male
Interests: 1) God, and ways to get His Guidance in all aspects of my life.2) AZATUL IRYANI UMARDIN, beloved wife. May He preserve us in marriage and in His Way of life.3) Current world events, and how that's gonna screw around with our life in general. Expertise: I am an expert.. in nothing! Like someone told me.. "You're a jack of all trades, but you'll be master of nothing!" Of course, he could be wrong.. Occupation: Currently.. customer service. Industry: Info Tech.. Microsoft actually
Message: message me Website: visit my website AIM: panahsakti
Member Since:
5/4/2005
|
|
| Assalamualaikum everyone.. Yeah, I know.. I really should spend more time updating this blog. I really should show more discipline in this case.. I've got a lot to say, and I know people read this blog of mine.. if only to keep track of my sanity, or if I'm still alive or not!  The less said about work the better.. it's not really anything in particular that gets me pissed off enough to put holes in the wall. Fact is, when I leave the place there'll be things I'll miss.. like working 5 days a week like most everyone else.. or the good pay.. or the fact that despite all the pressure to keep my research while on call to a minimum, I'm learning about windows and office at a rate.. close to what you'd feel if someone taped a hose to your mouth and turned the cold-water tap to "burst your stomach".  Updates on my life so far? No breaking news on our end here.. though the economic crisis, the Perak crisis and Earth's million and other crises does have me worried.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Setakat ini, dari apa yang saya dapat simpulkan dari pemahaman saya mengenai transhumanism dan titik tumpu teknologi (technological singularity), masa depan umat manusia masih lagi tidak dapat diramalkan dengan sepenuhnya.. Sebahagian dari sebab kenapa ini berlaku ialah kerana ahli-ahli fikir transhumanists lebih cenderung berfikir mengenai titik tumpu teknologi dan era selepasnya (post-singularity) dari segi teknikal, tanpa memikirkan semasak-masaknya implikasi penyalahgunaan teknologi terbabit terhadap umat manusia.. dan ingat, kita sekarang berada pasa suatu titik dalam sejarah manusia di mana bahan ciptaan kita sendiri akan mempunyai keupayaan untuk menentukan bagaimana dan sejauh mana mereka sendiri akan diperguna! Konsep ini, yang dikenali sebagai artificial self-determination, merupakan salah satu faktor penentu bagaimana umat manusia akan mengalami zaman yang akan mendatang.
Satu contoh di mana konsep ini akan kita lihat diguna-pakai ialah apabila helper robots (robot pembantu peribadi) akan diguna secara menyeluruh di kalangan masyarakat umum. Konsep robot pembantu peribadi ini, yang mulanya diutarakan oleh mendiang Isaac Asimov dalam rangkaian cerita sains fiksyennya yang terkenal, sekarang dapat dilihat dalam konsep robot ASIMO rekaan syarikat Honda, dan juga dalam filem seperti A.I dan I, Robot. Teknologi robotik pada ketika ini hanya mampu menghasilkan robot yang hanya berfungsi secara terhad (limited-function robotics) tetapi dengan perkembangan dalam bidang2 yang tidak berkaitan seperti sains neurologi, bioteknologi, sains kepintaran tiruan (artificial intelligence sciences), sains mecha-tronics dan sebagainya.. kita cuma menunggu masa sahaja sebelum konsep robot pembantu peribadi dengan kepintaran tiruan setara manusia (artificially intelligent helper robots) akan menjadi kenyataan.
Persoalannya : pada ketika teknologi tersebut akan mula diguna-pakai secara menyeluruh..
1) Apakah sistem kawalan yang perlu kita sebagai umat manusia adakan untuk mengawal penggunaan teknologi tersebut agar kes salahguna (contohnya menggunakan robot sebagai mesin pembunuh yang tak kenal penat, lelah atau cedera, seperti dalam filem Terminator?) dapat dikawal ke tahap minima? 2) Adakah golongan robot2 sepintar manusia akan mempunyai hak asasi menyerupai manusia, atau akan hanya menjadi hamba-abdi murahan abadi (eternal loving slave machines seperti dalam filem Wall.E)? Melalui pengalaman peribadi saya, mungkin ada senario ketiga yang akan berlaku di mana robot akan mempunyai lebih hak dari manusia, sebagaimana yang kita boleh lihat dalam undang2 SPCA Amerika Syarikat yang boleh memberi hukuman lebih berat terhadap seseorang kerana menzalimi binatang, berbanding hukuman menzalimi seseorang yang lain! 3) Bagaimanakah sistem kawalan tersebut, atau dalam erti kata lain undang2 perhubungan manusia-robot, akan dikuatkuasakan? Terutama dalam kes di mana robot2 berkaitan jauh lebih pintar, pantas dan berkuasa berbanding manusia?
Tapi tunggu.. ini hanya merupakan sebahagian kecil persoalan berkaitan hanya satu aspek teknologi transhumanism seperti yang diguna-pakai dalam satu senario dalam dunia post-singularity yang akan datang, di mana umat manusia masih lagi menjadi mahkluk Allah paling berkuasa di bumi ini!! Adakah umat manusia akan boleh elak kepupusan jika senario masa hadapan kita melibatkan perkembangan dan kelahiran suatu sistem tiruan super-pintar (artificial super intelligence) yang telah dibiak dan dipupuk berdasarkan Toeri Darwin? Dan akan melihat setiap manusia, tak kira umur, bangsa dan jantina sebagai binatang purba yang sudah cukup jangka hayat di muka bumi, dan sepatutnya dibiarkan pupus begitu sahaja?
Fikirkanlah para pembaca budiman.. sehingga di lain kali, wassalam.
| | |
| Assalamualaikum everyone.. this is actually a belated entry. But then I feel like taking a trip back in time.. Yes, in case anyone's tracking.. me and the wife (yeah, like I'll ever think of taking any other!) is officially 1 year into our adventure! We've been happily married for 1 year now.. and what a year it's been! Azatul my sweet one.. I'm sorry I couldn't figure out what to do to celebrate this waypoint in our journey. I'm really not big into advance planning (I don't think I've ever planned a surprise celebration for anyone ever).. I'm more the spontaneous type. And I know that in this 365 days that we have been together, I've been angry at you plenty of times (and vice versa!).. we've always made up.. made out too, so to you kids reading this.. accept it please, it's a fact of life. And I don't carry anything forward, except those moments when the light falls just so over your face and your inner beauty shines forth like a beacon in the dark velvet.. that is the background of this imperfect life. So, one year down.. Allah knows how many more to go! The way I see it, I'm on a 50-year journey from point A (when I took my oath.. to accept life with her) from point B (when we face the ultimate divorce.. one mediated by the Angel of Death).. and there's lots to see in between. If I am a starship running at 20% light speed.. (yeah, here we go again!).. Azatul Iryani Umardin would be 1) the fuel going into my fusion engines, energizing me while I chase angels and dreams on my way to that final destination.. and beyond? 2) the electromagnetic field keeping my insides warm, coz interstellar space is only what.. 3 degrees above absolute zero? 3) the navigation package keeping me straight and true.. even when I get confused with all the other pretty lights out there.. Okay, let's begin again. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya ingin minta maaf kerana lama tidak update blog saya, tapi dengan kerja saya yang memang berkaitan teknologi harian seperti ini, memang amat susah untuk saya mencari masa untuk menerangkan pada anda, para pembaca, mengenai transhumanism ini dan impak falsafah hidup ini kepada kita semua. Sebelum kita teruskan lembaran ini, ingin saya ketengahkan satu artikel yang saya temui sambil melayari Internet. Saya meminta maaf kepada para pembaca yang susah memahami Bahasa Inggeris, tapi kesimpulannya artikel tersebut menceritakan mengenai satu projek yang telah diusahakan oleh 4 universiti di Amerika Syarikat (yang mempunyai jabatan sains komputer dan sains neurologi yang terkemuka di sana) dan ditaja oleh Tentera Darat Amerika Syarikat untuk mencipta satu sistem telepathi sintetik. Sistem ini, jika berjaya, akan menghasilkan suatu alat menyerupai topi atau headset yang boleh memeta isyarat gelombang otak dengan mengimbas pertukaran medan magnetik yang terjana setiap kali sel-sel otak seseorang berfungsi, dan menukarkannya menjadi isyarat yang boleh dipancarkan melalui gelombang radio atau laser, yang kemudian boleh diterima oleh orang lain yang menggunakan alat tersebut dalam bentuk "audiovisual langsung", iaitu di mana suara atau mesej teks dari saya.. boleh anda terima sebagai "suara dalam kepala" (atau suara hati, bak kata orang tua) ataupun sebagai corak penglihatan yang terpapar pada mata anda.. walaupun mata anda tertutup atau buta!  Saya akan sambung catatan blog saya dalam beberapa masa lagi. Sehingga kemudian, saya syorkan anda semua membaca artikel tersebut.. kemudian bertafakur seketika mengenai usaha para transhumanists dalam menjalankan niat murni mereka, dan bandingkan dengan apa yang kita semua lakukan dan pentingkan dalam kehidupan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Wassalam.. hingga ketemu lagi.  | | |
| Assalamualaikum and hello everyone.. I've come back in by popular demand (along the lines of: "what's with that half-entry in your blog?") to add some more bits in my case about transhumanity. Well, what's new with me and my life?
1) Work with Datacom is coming on well: the idea is to embrace my role and play it for 8 hours a day, and use the time between calls to catch up on the Internet. I'm covering topics from as old as the various battles of World War 2 and the Confrontation (between Malaysia and Indonesia in 1963) to Orion's Arm, a blog page of short stories and hard science based on a post-human future where mankind expands into a galaxy that has life.
2) Some further milestones in my life.. my 6-month anniversary on 26th July 2008. My parents' first grandson's (aka anak buah!) 18-month marker on 13th July 2008 (shout out together now.."Badam, we love you!"). My middle bro's (Ridzuan aka Pakwan) engagement to Dahlia on 18th August 2008, with marriage set to February next year (congrats to you both!). And my wife is officially a quarter of a century old! On 25th August 2008. Oh yeah, and I met someone from my past life.. Abdul Lateef Abdullah and 2 daughters, formerly Steve Krauss of Persatuan Seni Silat Gayong Amerika. Wonder if I still have what it takes to join and explore that world?
3) Anyone remember "Titanic" in 1998? Well, I found it's equivalent in 2008.. "Wall•E"! I really am a square klutz with the looks of a toaster oven, but my honey.. is just like EVE, even down to her shooting. Makes me wanna learn astro-navigation (as in navigate in space, not navigate the Astro satellite TV Channel!) so I can dance among the stars with her..*sigh*
4) In case you're wondering.. no kids yet. We're working on it though.. we'll keep you posted.
Enough about me.. now on to business. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Seperti yang kita maklum sebelum ini, pergerakan "transhumanism" bermula dengan niat suci tokoh-tokoh ilmuwan sejak lewat 1940'an untuk menaik-taraf kehidupan manusia serta membetulkan segala cacat-cela umat manusia secara am dan khusus. Kita perlu mengakui bahawa niat suci mereka ada potensi untuk membuahkan hasil yang positif untuk kita semua; bagaimanapun niat suci sahaja tidak akan menjamin kesudahan yang diingini. Pada masa sekarang ini, sudah ada projek2 yang menguji konsep2 asas pencantuman manusia dan mesin (man-machine interface) yang. jika berjaya, akan membuahkan hasil yang amat positif bagi mereka yang mengalami kecacatan mental dan fizikal. Tetapi ujikaji sebegini berjalan dalam situasi makmal yang terkawal. Apakah yang akan menghalang penyalahgunaan teknologi sebegini pada ketika ianya diperkenalkan untuk kegunaan umum? Adakah peruntukan untuk menyebarkan penggunaan teknologi sebegini kepada semua lapisan umat manusia, tanpa diskriminasi pada ketika applikasi dan prejudis selepas itu? Satu senario ngeri melibatkan teknologi man-machine interface (pencantuman manusia dan mesin) adalah dimana applikasi teknologi yang tidak sekata akan membawa pada diskriminasi antara mereka yang telah "naik-taraf" (manusia naik-taraf atau upgraded humans) dan mereka yang tidak dapat atau tidak mahu menjalani proses "naik-taraf"(manusia tulen atau pure humans); tidak mustahil akan timbul sekali lagi satu zaman gelap dimana "manusia tulen" akan menjadi hamba abdi kepada "manusia naik-taraf" pada skala global; dalam erti kata lain, perulangan kembali zaman kolonialisasi dan penjajahan yang dilalui umat manusia yang berakhir tengah abad ke-20 yang lepas. Satu senario pula melibatkan penggunaan teknologi pencantuman manusia dan mesin di medan perang, yang hendak atau tidak akan berlaku tanpa mengikut batasan Konvensi Geneva (suatu peruntukan undang-undang menghadkan kekejaman dalam peperangan). Bayangkan pencantuman manusia dan mesin yang membenarkan seseorang yang mempunyai personaliti ala Adolf Hitler untuk "menguasai" dan "memukau" minda berjuta-juta manusia lain melalui sambungan minda-Internet (mind-Internet connection), untuk menjadi askar dan pengikut setia! Tetapi yang paling mengerikan adalah senario2 melibatkan "kepintaran tiruan" (artificial intelligence) dan ketika masa terkabulnya titik tumpuan teknologi (onset of technological singularity). Akan saya sambung mengupas senario2 berkaitannya selepas ini. Wassalam
| | |
| Assalamualaikum one and all..
Work.. is progressing. My mind travels at the rate of a glacier going uphill as it tries to wrap around my work.. while everyone else's mind appears to be running on warp drive! I'm suddenly reminded of that scene in "The Last Mimzy" where current-day scientist find out that the Mimzy (the raggedy teddy bear) is actually an artificially intelligent machine composed of billions of nano-machines.. each of which has the Intel logo stamped on it (though exactly how you put your stamp on something smaller than an atom is beyond me!).. Did I just lose you there? Well, that's how I feel lots of the time between answering calls.. watching the rest of the guys go to work. I'm going as fast as I possibly can, but I guess being old does mean I have to work around limitations set onto me.. at least I've had no customer escalations so far. Anyhow.. working with Microsoft does let me see a few things. Like how prepared this world is for transhumanism (not much) and what else needs be done to get everyone ready (so much I can't even begin to think much less say!)
And now.. dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Setakat ini kita telah mengupas sedikit sebanyak mengenai "transhumanism" dan faedah yang termaktub dalam wawasan mereka untuk umat manusia dalam jangka masa terdekat. Sesungguhnya, tidak salah jika kita katakan di sini bahawa masa depan manusia di era "transhumanity" tidak dapat kita bayangkan. Contoh terbaik yang saya boleh fikirkan ialah arwah datuk saya Haji Muhamad yang pernah berkata, 'Tak pernah atok bayangkan manusia terbang naik roket sampai bulan. Sedangkan atuk pergi haji dulu naik kapal sampai 3 bulan.. sekarang naik kapalterbang berapa jam ajer dah sampai!" Contoh yang saya berikan di atas tadi adalah untuk mengutarakan satu konsep baru, iaitu "singularity" (titik tumpu). Pada asalnya, "singularity" ialah titik tumpuan terakhir jisim sebuah lohong hitam (or in English: final mass concentration point of a black hole); tapi dalam "transhumanism" ianya diertikan sebagai suatu ketika masa di mana perkembangan teknologi (terutama teknologi pemprosesan maklumat serta "kepintaran tiruan") akan mencapai satu tahap menyerupai infiniti. Dengan mengambil contoh di atas, jika kita lukis satu carta antara masa dan kelajuan perjalanan seseorang, kita akan dapat carta lebih kurang di bawah: saya menambah annotasi yang sepatutnya supaya lebih mudah difahami (so your brain don't hurt so much, yes?). Pada asasnya, tahap teknologi yang ada dalam jangkauan umum meningkat jika diukur dari segi masa. Jika pada awal Zaman Revolusi Industri seseorang hanya boleh bergerak selaju seekor kuda berlari (lebih kurang 40km/j buat beberapa minit), 50 tahun kemudian seseorang boleh menaiki keretapi yang lajunya mencecah 100km/j selama beberapa jam. 50 tahun selepas itu pula, teknologi penerbangan membolehkan seseorang menaiki kapalterbang berhalaju 400 km/j selama beberapa jam, dan di zaman sekarang rakyat Malaysia kita boleh terbang dengan harga murah pada kelajuan 700 km/j sehingga mengelilingi hampis separuh dunia.
 Perkembangan teknologi pada umumnya meningkat pada tahap yang semakin cepat jika dibanding dengan masa. Tema matematik yang sering kita dengar dalam kes sebegini dipanggil lengkungan eksponensial (exponential curve); pada penguhujung kanan carta, kita dapati bahawa perkembangan teknologi akan meningkat pada tahap mendadak pada masa singkat (titik tumpu teknologi : "technological singularity") Salah satu dilema yang dihadapi ahli fikir dan falsafah "transhumanism" ialah apa yang akan berlaku pada titik tumpu teknologi dan seterusnya ke zaman "post-humanity"; banyak senario yang telah difikirkan. Ada yang memberi gambaran syurga di dunia berasaskan teknologi yang membebaskan umat manusia dari belenggu2 faktor pengekang perkembangan umat manusia (limiting factors in developing the human potential), yang saya telah sentuh sedikit-sebanyak dalam tulisan blog saya sebelum ini. Ikuti saya dalam mengupas senario impian ngeri "transhumanist" seterusnya. Wassalam
| | |
| Assalamualaikum one and all.. Would you believe it.. I've just uploaded Google Earth and have been playing around with it, and I believe I've gotten hooked! So much so that I've forgotten to update this blog for one and all!  Other than that.. my wife's away to visit her parents and I can't come with because of this new job. I'm only complaining because being the Sagittarean that I am, I can't really sit still in one place. She'll be coming home tonight though, so I get to sleep warm tonight. Alhamdulillah to that.. Alright, let's get this party started. In Allah's Name.. The Most Beneficient, The Most Merciful. Seperti yang kita sudah sedia maklum, pergerakan "transhumanism" ini memang ada kebaikannya. Memetik contoh yang saya utarakan sebelum ini.. seorang budak Tingkatan Lima tidak perlu lagi menelaah buku hingga ke 3 pagi, ataupun menghafal formula sehingga separuh gila untuk bersedia menghadapi peperiksaan SPM. Dia mungkin cuma perlu memuat-turun modul pelajaran Matematik Tambahan serta modul2 latih-tubi (untuk tujuan pemantauan pihak Kementerian Pendidikan) melalui sambungan wireless Streamyx dalam masa menunggu siapnya Maggi supnya. Senario ini sememangnya menjadi contoh terutama pihak "transhumanist" dalam mendakyahkan pergerakan mereka. Bukan itu sahaja, satu lagi contoh yang sering mereka gunakan ialah faedah percantuman manusia dan mesin (man-machine interface) dalam menangani dan mengatasi masalah kecacatan fizikal atau mental seseorang. Bayangkan, jika seorang tokoh ilmu fiziks seperti Stephen Hawkings boleh berfungsi pada tahap setara dengan Albert Einstein, dengan hanya dapat menggerakkan bibir, lidah serta 3 batang jarinya.. apakah yang mampu dicapai beliau jika diberi tubuh robotik (cyborg body) ala Robocop atau Terminator? Ataupun, lebih menarik lagi.. jika minda beliau dapat "dimuat-naik" terus ke dalam Internet? Dan jika teknologi sebegini dapat dikembangkan ke serata umat manusia, dapatkah anda bayangkan kehidupan berjuta-juta manusia yang ketika ini merana akibat hilang anggota badan (tak kira dari lahir atau akibat kemalangan atau menjadi mangsa peperangan) berubah menjadi gembira kerana akhirnya dapat menjadi sempurna dan tak perlu lagi menghadapi rungutan dan cemuhan dari mereka yang tidak bersyukur? Ada juga antara "transhumanists" ini yang berazam untuk mencipta artificial super-intelligence ataupun "sistem tiruan super-pintar". Mereka percaya bahawa dengan "lahirnya" sistem sebegini (yang berkemungkinan amat besar akan berasaskan komputer), umat manusia akan akhirnya dapat dibebaskan dari belenggu2 yang sekian lama mengekangnya.. contohnya, tenaga yang hampir tak berkesudahan daripada pelakuran atom terkawal (controlled atomic fusion), kemampuan untuk "hidup selamanya" (di mana minda seseorang akan dimuat-naik ke dalam Internet ataupun cyborg body sebaik sesudah jasadnya mati), serta penakhlukan angkasa lepas secara mutlak, melalui penggunaan minda artificial super-intelligence ataupun manusia sebagai "alat kawalan pintar" untuk kapal angkasa yang mampu terbang mencecah kelajuan cahaya selama beratus atau beribu tahun untuk mencapai sistem cakerawala yang mengelilingi bintang2 lain. Jika anda rasa terkilan apabila habis membaca perenggan di atas, ingatlah.. saya hanya menulis apa yang saya lihat. Saya bukan ingin menyebar ajaran sesat ataupun kuffar. Ini adalah sebahagian dari rancangan ("niat suci") mereka. Dan jika anda bersabar, teruskan membaca blog ini... kerana selepas ini saya akan kupas secara mendalam buruk padahnya rancangan mereka ini bagi manusia sejagat. Sekian.. wassalam. | | |
|